POSTING TERAKHIR

salam..

Aku rasa ini mungkin akan menjadi posting terakhir aku dalam blog ini. Walaupun mungkin terakhir, tapi tak bermakna blog ini akan aku delete. Aku akan biarkan blog ini terus wujud dengan harapan ia akan menjadi rujukan jika ada mana-mana pihak yang berminat dengan kejohanan ini.

Sewaktu makan malam meraikan kejayaan penganjuran Formula Varsity ini, TNC UTeM, Dato Prof Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan juga Dekan FKM iaitu Prof Dr Md Radzai komited untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara wajib bagi FKM. Mungkin penganjurannya akan berlangsung setiap 2 tahun sekali. Jika kita lihat sejarah penganjuran kejohanan ini, ia bermula pada tahun 2006 dan kemudian pada tahun ini iaitu 2008. InsyaAllah, Kejohanan 3rd Formula Vasity UTeM mungkin akan dianjurkan pada tahun 2010.

Aku selaku owner blog ini ingin memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan fakta yang mungkin berlaku sepanjang posting aku yang sebelum ini. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh menghubungi aku pada maklumat yang tertera dibawah.

Sekian…

Laman friendster: http://profiles.friendster.com/ajim87

email: azim_im (at) hotmail (dot) com

Mari mengundi!

Undian anda merupakan satu penilaian terhadap kejohanan Formula Varsity UTeM

Sekitar Majlis Makan Malam Formula Varsity

-Sorry, gambar tak ada kualiti. Camera yang aku pakai sangat sengal pada malam 2.. sapa2 yang nak kongsi gambar pada malam 2, sila2kan bagi kat aku.. huhu..

Jemputan Makan Malam Formula Varsity UTeM

Assalamualaikum

Saya menjemput semua AJK Formula Varsity untuk hadir ke Majlis Makan Malam Formula Varsity.

Tempat : Tom Yam Klasik
Tarikh : 22 October 2008.
Masa : 8 pm hingga 10 pm
Pakaian : Baju kolar Formula Varsity ( Yg dapat Free tu)

VIP yang akan hadir adalah TNC dan pegawai kanan university
Penyampaian sijil akan dilakukan pada majlis ini.
Dengan ini saya telah menunaikan janji saya kepada anda semua iaitu untuk mengadakan majlis penghargaan.
Diharap semua akan turut hadir

Md Salim Bin Md Yunos

Pengarah Program Formula Varsity UTeM

Starting point

kredit: Sendho (Politeknik Shah Alam)

A failure?

Kereta Politeknik Kota Bharu yang tersadai dan gagal menamatkan perlumbaan

Kereta UPM yang terpaksa ditolak untuk menghidupkan kembali enjinnya

Walaupun kedua-dua pasukan ini gagal menamatkan perlumbaan, namun ia bukan suatu kegagalan. Kegagalan hanya pada mereka yang menyerah kalah!

kredit: http://profiles.friendster.com/16438154

Salam Lebaran

-Selama seminggu blog ini tidak akan dapat di update kerana aku balik kampung. Namun terima kasih di atas kesetiaan anda mengunjugi blog ini. Harap maklum.

2nd Formula Varsity UTeM 2008

-hasil kerja aku yang kedua.. jangan komplain.. haha..

Posted in Video. 2 Comments »